Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Minggu Kesejahteraan Diri UPNM 2.0

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Isnin, 16 Dis 2019

Sungai Besi, 30 November 2019 - Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini telah menganjurkan program Minggu Kesejahteraan Diri dan Academic Special Program. Program berkenaan telah berlangsung selama seminggu, daripada 25 hingga 30 November 2019.



Antara pengisian program sepanjang minggu berkenaan berlangsung adalah Movie Screening, How to Build Passion?, Speak It Out, Femenight #Blackpink dan Treasure Hunt di Dewan Bestari dan Dewan Pendekar, UPNM.





Pada masa yang sama, satu Academic Special Programme Sarjana Muda UPNM 2019 telah diadakan bermula 29 hingga 30 November 2019 bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Program ini merupakan kerjasama antara Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan dan Pusat Bahasa.


Antara lain, Minggu Kesejahteraan Diri UPNM 2.0 ini dilihat dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar untuk terus mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam kokurikulum dan kurikulum, sejajar dengan hasrat UPNM untuk melahirkan pelajar dengan nilai Leaders of Character.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 16 Disember 2019