Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Misi Bantuan Banjir UPNM 2019

Penulis :Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni, BHEPA Isnin, 13 Jan 2020

Segamat, 29 Disember 2019 – Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang staf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi sukarelawan Program Bantuan Pasca Banjir dalam membantu membersihkan rumah-rumah yang terlibat dengan banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, Johor pada 29 Disember 2019.



Program sukarelawan ini merupakan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor, Jabatan Belia Negeri Johor dan Majlis Belia Malaysia yang menjadi inisiatif terbaik untuk meringankan beban mangsa banjir terbabit.




Penglibatan sukarelawan UPNM menjayakan misi ini di kawasan setempat dilihat dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri pelajar. Selain itu program ini juga melahirkan pelajar yang aktif bukan sahaja di universiti bahkan di luar universiti yang bersama turun padang membantu komuniti dan masyarakat.


Selain menggalakkan pembabitan pelajar bersama masyarakat setempat, program seumpama ini dapat memupuk semangat ingin terus berbakti kepada universiti dan komuniti demi mencapai kesejahteraan melalui komponen “Love, Care dan Respect”.

Kemaskini Terakhir : Isnin, 13 Januari 2020