Menguruskan hal ehwal industri dan korporat di antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Industri yang merangkumi:

1. Mengurus isu-isu berkenaan dengan perhubungan UPNM dengan latihan industri pelajar.
2. Menguruskan isu-isu berkenaan dengan keusahawanan di antara UPNM dengan industri bagi penglibatan para tenaga akademik dan termasuk pelajar.
3. Mengurus isu-isu berkenaan dengan program sangkutan tenaga pengajar dengan industri.
4. Meningkatkan keupayaan dan kemampuan pelajar UPNM bagi menghadapi persekitaran industri sebenar.
5. Mewujudkan dan mengukuhkan jalinan industri dalam pelbagai bidang termasuk bidang pertahanan.
6. Membantu pelajar dan tenaga pengajar menimba ilmu dan menambah baikan ilmu pengetahuan merangkumi perolehan pengalaman, pendedahan kepada amalan sebenar industri, mengaplikasikan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran.
7. Memastikan pihak industri bekerjasama dengan universiti dalam melahirkan pelajar yang berkebolehan pasaran dan tenaga pengajar yang intelektual termasuk pembangunan peribadi yang mampan, berketerampilan dan berkepimpinan.