Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 July 2020 / 22 Zulkaedah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Career Inspirational Talk @Alumni UPNM

Penulis :Unit Kaunseling, Kerjaya & Alumni, BHEPA Jumaat, 26 Jun 2020

Sungai Besi, 25 Jun 2020 - Unit Kaunseling, Kerjaya & Alumni, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan satu sesi perkongsian bersama alumni UPNM.


Sesi perkongsian bertajuk Career Inspirational Talk @Alumni UPNM ini telah menyaksikan perkongsian oleh Puan Rozela Mohd Yatim, alumni tahun 2012 daripada Fakulti Pengurusan & Pengajian Pertahanan UPNM. Beliau kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Kastam, Cawangan Siasatan Frod Komunikasi.


Tajuk yang dibawa adalah Norma Baharu Dalam Kerjaya. Perkongsian secara santai berkenaan juga telah memberi peluang kepada pelajar dan bakal pelajar UPNM untuk mengajukan soalan kepada speaker jemputan.


Terima kasih diucapkan kepada Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP) UPNM, Muhammad Amir Safwan bin Muhammad Fahmi selaku moderator bagi sesi perkongsian berkenaan.


Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang menyaksikan sesi perkongsian berkenaan yang telah diadakan secara live melalui akaun Facebook Unit Kaunseling, Kerjaya & Alumni, BHEPA.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 26 Jun 2020