Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Pengawasan 4 (SV 4) - SPK MS ISO 9001:2015

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Khamis, 02 Jul 2020


AUDIT PENGAWASAN 4 (SV 4) - SPK MS ISO 9001:2015
oleh Pihak Lloyd’s Register Quality Assurance


UPNM, 17 Jun 2020 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melalui Audit Pengawasan 4 (SV4) dengan kaedah ‘REMOTE AUDIT’ yang buat pertama kalinya secara Online Microsoft TEAMS oleh seorang wakil auditor daripada pihak Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA); iaitu Cik Lee Yi Yan bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015. Audit ini diselaraskan sepenuhnya oleh Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) dengan usahasama daripada semua ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU) dan warga Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian (FPJB).



Program pengauditan telah dijalankan mengikut pelan penilaian yang telah dipersetujui dengan berdasarkan kepada Skop Pensijilan MS ISO 9001:2015 iaitu “Pengurusan Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU)” yang dibangunkan selari dengan Dasar Kualiti UPNM dan ia diukur di peringkat universiti bagi menilai prestasi proses kerja atau penyampaian perkhidmatan.



Hasil audit pengawasan ini, UPNM telah berjaya melepasi sesi audit tanpa sebarang teguran ketakakuran Minor atau Major daripada pihak Auditor. Pihak Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) selaku sekretariat ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada JJKU; Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Jabatan Pendaftar, Bahagian Keselamatan serta Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPNM yang telah diaudit pada hari tersebut serta seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan sesi audit ini.


‘KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN’



Kemaskini Terakhir : Khamis, 02 Julai 2020