Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah Bagi Mod Penyelidikan, Sesi Kemasukan Julai 2020

Penulis :Pusat Pengajian Siswazah (PPS) Khamis, 09 Jul 2020



Pusat Pengajian Siswazah (PPS) telah menganjurkan Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Pascasiswazah bagi mod penyelidikan untuk Sesi Kemasukan Julai 2020 pada 6 Julai 2020 (Isnin) bertempat di Makmal Computer Aided Engineering (CAE), Pusat Maritim. Seramai 15 orang pelajar telah ditawarkan mengikuti program Doktor Falsafah dan program Sarjana.



Kata alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan, PPS. Seterusnya, taklimat disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Risby bin Mohd Sohaimi, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), PPS dan En. Aazrai bin Abidin, Pustakawan Kanan daripada Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim kepada pelajar baharu pascasiswazah.


Kemaskini Terakhir : Khamis, 09 Julai 2020