Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Penanda Aras Ke UNITEN Bagi MS 1900:2014 - Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syari'ah

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Jumaat, 10 Jul 2020



KAJANG - Pada 08 Julai 2020 (Rabu), beberapa orang wakil UPNM yang terdiri daripada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syari’ah (MS1900:2014) dan urus setianya telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


Piawaian MS1900:2014 iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syari’ah (sebelum ini versi MS1900:2005) adalah sistem piawaian berstruktur yang membantu organisasi menyampaikan produk dan perkhidmatan yang bukan hanya memenuhi keperluan pelanggan, malah mematuhi keperluan kawal selia serta keperluan nilai-nilai murni yang berteraskan keperluan Syari’ah.



Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan gambaran dan melihat secara menyeluruh pelaksanaan MS1900:2014 di UNITEN dan seterusnya mendapatkan sedikit penerangan berhubung nilai-nilai teras dalam prosedur kualiti yang dibangunkan agar memenuhi piawaian MS1900:2014 berdasarkan pemilihan skop yang ditetapkan.


Ahli rombongan mendapat layanan yang sangat baik daripada En. Azmi bin Ahmad, pensyarah di Kolej Asasi dan Pengajian Diploma yang sebelum ini pernah memegang jawatan selaku Pegawai Syari’ah di UNITEN. Melalui kerjasama yang dijalinkan, diharap akan dapat memberi suntikan semangat kepada ahli jawatankuasa yang terlibat bagi merealisasikan matlamat untuk memperoleh pensijilan MS1900 ini di kampus UPNM.



Kemaskini Terakhir : Jumaat, 10 Julai 2020