Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
09 August 2020 / 19 Zulhijjah 1441
Tetapan

BULETIN UPNM

Kunjungan Hormat oleh Atase Pertahanan (Defence Attache) kepada Naib Canselor UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Khamis, 16 Jul 2020


Kuala Lumpur, 14 Julai 2020 – YBhg Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini telah menerima satu kunjungan hormat oleh Lt Kol Marc Ascui, Atase Pertahanan (Defence Attache) German.



Kunjugan hormat berkenaan turut disertai oleh saudara Gunnar Bich, Penolong Atase Pertahanan dan Prof. Dato Dr. Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) UPNM.



Kunjungan hormat berkenaan telah dianjurkan oleh Pejabat Naib Canselor dengan kerjasama Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UPNM. Antara lain, kunjungan hormat berkenaan dilihat dapat memperkenalkan Kedutaan German di Malaysia kepada gambaran keseluruhan serta struktur UPNM selain memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Kedutaan German dan pihak UPNM.


Melalui kunjungan hormat ini, diharap kolaborasi yang bermanfaat dalam diadakan di antara kedua-dua pihak dari pelbagai aspek.


Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat.





Kemaskini Terakhir : Khamis, 16 Julai 2020