![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
Kuala Lumpur, 4 September 2020 – Pusat Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Sambutan Maal Hijrah 1442H pada 4 September 2020 bersamaan dengan 16 Muharram 1442H di Dewan Theatrette, Bangunan Lestari UPNM.
Sambutan berkenaan melibatkan kakitangan UPNM dan dianjurkan dengan mengambil kira garis panduan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Siaran secara live bagi program berkenaan juga telah diadakan melalui saluran YouTube rasmi UPNM dan dikongsi melalui beberapa saluran media rasmi UPNM.
Sempena sambutan berkenaan, satu ceramah perdana bertajuk Hijrah Memperkasakan Kewajipan, Maruah dan Integriti telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Syaari bin Ab. Rahman, penceramah jemputan.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga perkongsian memberi manfaat kepada semua.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 08 September 2020