PPUB atau sekarang dikenali sebagai PB telah menganjurkan satu persidangan bertajuk Persidangan Serantau Komunikasi Silang Budaya dan Integrasi Nasional 2012 pada 19-21 Jun 2012. Tujuan persidangan adalah untuk mengumpulkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan, sarjana-sarjana, para akademik dan pelajar dalam membincangkan isu-isu tentang hubungan etnik, politik, perbandingan agama dan komunikasi silang budaya. Tema persidangan adalah Unity in Diversity.