![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
Penglibatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia di Dalam Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2020
20-21 November 2020, Kuala Lumpur - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menyertai Pameran International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2020 secara atas talian bermula daripada 21 November 2020. Pameran ITEX 2020 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan. Pameran tersebut juga turut mempamerkan penciptaan dan inovasi terkini daripada pusat pengajian tinggi, institusi penyelidikan, penyelidik persendirian dan juga sektor korporat dari negara Asia dan Eropah. Sebanyak 8 penyertaan produk daripada 8 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat sejarah kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan produk penyelidikan UPNM telah memenangi pingat iaitu empat (4) pingat emas dan empat (4) pingat perak. Ini adalah merupakan pencapaian yang membanggakan bagi Universiti.
Tahniah diucapkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI), UPNM dan penyelidik-penyelidik UPNM yang telah berjaya mengharumkan nama UPNM dalam bidang penyelidikan dan inovasi serta membuktikan bahawa UPNM mampu bersaing dengan Universiti Awam dan Pusat Penyelidikan yang lain di peringkat antarabangsa.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 24 November 2020