Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
27 January 2021 / 13 Jamadil Akhir 1442
Tetapan

BULETIN UPNM

Audit Pengawasan 5 (Focus Visit - FV) MS ISO 9001:2015

Penulis :Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data Selasa, 15 Dis 2020

1 Disember 2020, Sungai Besi - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melalui Audit Pengawasan 5 (Focus Visit - FV) oleh Encik Ramli bin Mohd Daud, Ketua Auditor daripada pihak Lloyds Register Quality Assurance (LRQA) bagi SPK MS ISO 9001:2015 yang diselaraskan oleh Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) dengan usahasama daripada semua ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti (JJKU) dan warga Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian (FPJB).



Program pengauditan telah dijalankan menerusi kaedah Remote Audit dan telah mengikut pelan penilaian yang telah dipersetujui, yang berdasarkan Skop Pensijilan SPK MS ISO 9001:2015 iaitu “Pengurusan Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU)” yang dibangunkan selari dengan Dasar Kualiti UPNM dan ia boleh diukur di peringkat universiti bagi menilai prestasi proses kerja atau penyampaian perkhidmatan.


Pada sesi kali ini, pihak Llyod’s Register telah mengaudit beberapa skop audit utama seperti pendokumentasian, aspek pengurusan latihan industri, pengurusan peperiksaan akhir UPNM dan peperiksaan LKU (ALK), kebajikan pelajar serta pengurusan paten dan hak cipta.




Secara keseluruhan, hasil penilaian pengauditan oleh pihak Lloyds Register terhadap Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD); Audit Dalam SPK; JJKU; Pegawai Perhubungan Pelanggan; Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA); Bahagian Pengurusan Akademik (BPA); Akademi Latihan Ketenteraan (ALK); Penyelaras Pengurusan Risiko; Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI); dan semua penyelaras Latihan Industri (LI) dari fakulti-fakulti dan pusat pengajian di UPNM; ialah TIADA Penemuan Ketidakpatuhan ditemui. Hasilnya, Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 di UPNM boleh terus dilaksanakan dan diselenggarakan secara baik dan berkesan.


Turut menjadi kebanggaan semua warga UPNM pada kali ini ialah mendapat AUDIT BERSIH daripada pihak Lloyds Register Quality Assurance (LRQA). Keputusan audit ini adalah yang pertama dalam sejarah pengurusan audit di UPNM. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga UPNM!




‘KUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN’


Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Disember 2020