![]() |
Portal Rasmi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kewajipan, Maruah, Integriti
|
15 Disember 2020, Sungai Besi - Hari ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Ijazah Kehormat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 2020.
Watikah telah disampaikan kepada YBhg. Jeneral Tan Sri Borhan bin Haji Ahmad (Bersara) dan YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail bin Haji Omar (Bersara) di Pusat Marin, UPNM oleh YBhg. Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM.
Jeneral Tan Sri Borhan (Bersara) dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Bidang Pengurusan Sumber manakala Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Ismail (Bersara) dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Dalam Bidang Pendidikan.
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 15 Disember 2020