Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
27 January 2021 / 13 Jamadil Akhir 1442
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor UPNM

Penulis :Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa Isnin, 21 Dis 2020

21 Disember 2020, Sungai Besi - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini telah melangsungkan Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori, UPNM.


Sesi serah menyerah tugas ini melibatkan serahan tugas daripada mantan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal kepada Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM yang baharu.



Lt Jen Dato’ Hasagaya memulakan tugas secara rasminya sebagai Naib Canselor UPNM pada 19 Disember 2020, menggantikan Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim yang telah berkhidmat sebagai Naib Canselor kelima UPNM pada 1 Mei 2018 sehingga 18 Disember 2020.


Lt Jen Dato’ Hasagaya sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat dan mempunyai latar belakang pendidikan akademik yang cemerlang. Pelantikan tersebut juga adalah berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan dan memenuhi standard bagi maksud menjawat jawatan sebagai Naib Canselor.


Adalah menjadi keperluan bagi kepimpinan UPNM ini memahami dunia pertahanan dan keselamatan, aspek regimental ketenteraan, memiliki jaringan antarabangsa dengan tentera luar negara, memiliki kepakaran pengurusan pertahanan dan logistik, berpengalaman melatih, memahami pelbagai aspek keperluan ketenteraan serta sentiasa relevan dan konsisten untuk menerajui tampuk kepimpinan UPNM.Turut hadir semasa majlis serah menyerah tugas berkenaan adalah YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM dan Pengurusan Tertinggi UPNM.


Majlis diakhiri dengan Perbarisan Penghormatan Perpisahan daripada pegawai kanan, staf dan pelajar UPNM dan kawalan kehormat (Quarter Guard) daripada Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.


UPNM mengucapkan jutaan terima kasih atas semua sumbangan yang telah diberikan oleh Lt Jen Datuk Haji Abdul Halim dan mengucapkan selamat datang kepada Lt Jen Dato’ Hasagaya dan pucuk pimpinan yang bakal dipelopori oleh beliau sebagai Naib Canselor UPNM yang baharu.



Kemaskini Terakhir : Isnin, 21 Disember 2020