Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435
Tetapan

BULETIN UPNM

Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor UPNM

Penulis :BKK Selasa, 25 Mei 2010


20 Mei 2010 – YBhg Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Anwar bin Hj Mohd Noor (B), Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hadir dalam Majlis Serah Menyerah Tugas Naib Canselor UPNM yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 1, Bangunan Canselori, UPNM semalam. Majlis ini adalah majlis serah menyerah tugas secara rasmi oleh Mantan Naib Canselor UPNM, YBhg Lt Jen Dato’ Pahlawan Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin kepada Naib Canselor UPNM, YBhg Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor. Ia juga adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan yang telah diberikan oleh Mantan Naib Canselor UPNM tersebut.



Turut menyaksikan Majis ini ialah YM Prof Dr Tengku Mohd bin Tengku Sembok, Pemangku Timbalan Naib Canselor (HEAA), YBrs Prof Wan Mahzom binti Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg Dato’ Jesbil Singh, Penolong Naib Canselor, Perhubungan Industri dan Korporat, YBrs Prof Dr Mokthar bin Abdullah, Penolong Naib Canselor, Penyelidikan dan Pembangunan, YBhg Brig Jen Dato’ Amir bin Hashim, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah Pusat dan Ketua-ketua Jabatan di Fakulti Pengajian.

Dalam ucapannya, Naib Canselor UPNM mengharapkan semua pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan universiti dapat mengekalkan prestasi dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi dalam memartabatkan pentadbiran dan pengurusan baik dalam bidang akademik mahupun bidang bukan akademik demi memenuhi hasrat yang telah ditetapkan oleh stakeholders iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pertahanan.

Kemaskini Terakhir : Selasa, 01 Jun 2010