Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 April 2021 / 2 Ramadhan 1442
Tetapan

BULETIN UPNM

Lawatan Penilaian EAC bagi Tujuan Kelayakan dan Pengiktirafan Akreditasi Penuh terhadap program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekani

Penulis :Fakulti Kejuruteraan Jumaat, 26 Mar 2021


Sungai Besi, 24 & 25 Mac 2021 - Fakulti Kejuruteraan telah menerima lawatan Penilaian Engineering Acreditation Council (EAC) bagi tujuan kelayakan dan pengiktirafan Akreditasi Penuh terhadap program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (ZK08).


Lawatan ini julung kali diadakan ini telah mencipta satu sejarah bagi Universiti awam dilaksanakan secara virtual (Maya). Upacara pembukaan lawatan Penilaian ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM bersama pengurusan tertinggi Universiti di Bilik Mesyuarat Canselori bagi tujuan memberi sokongan sepenuhnya kepada proses pengauditan tersebut yang berlangsung selama dua hari.



Dalam ucapan YBhg Naib Canselor menekankan bahawa UPNM termasuklah Fakulti Kejuruteraan memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) program-program kejuruteraan sentiasa pada tahap terbaik. Pendekatan ini termasuklah menerusi sesi runding cara dengan para pemegang taruh dan rakan-rakan industri. UPNM akur bahawa penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada sektor pendidikan di seluruh dunia.


Di UPNM, pihak pengurusan melihat cabaran ini dalam konteks yang positif, dalam erti kata lain ia membuka peluang untuk mempertingkatkan dan meneroka kaedah penyampaian (PdP) yang lebih inovatif bersesuaian dengan pendekatan norma baharu. Justeru, UPNM telah merangka strategi dan pendekatan mod yang bersesuaian menerusi pengaplikasian kemudahan ICT bagi memastikan (PdP) tidak terganggu, dan dalam masa yang sama memastikan ia memenuhi kualiti dan standard seperti mana yang digariskan oleh EAC.



Sebagai makluman, Audit EAC ini adalah merupakan kali keempat oleh Fakulti Kejuruteraan dan Panel EAC diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Satesh Narayana Namasivayam. Semoga FKJ mendapat pengiktirafan akreditasi penuh bagi program ZK08 bagi tempoh 6 tahun.


Kemaskini Terakhir : Jumaat, 26 Mac 2021