Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 April 2021 / 2 Ramadhan 1442
Tetapan

BULETIN UPNM

Kunjungan NC UPNM ke Fakulti Kejuruteraan UPNM

Penulis :Fakulti Kejuruteraan Rabu, 31 Mar 2021

Sungai Besi, 29 Mac 2021 - Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan (FKJ) telah menerima kunjungan daripada Lt Jen Dato Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM bagi sesi santai sarapan pagi bersama Pengurusan Tertinggi FKJ dan pasukan (CNC) yang telah berjaya menghasilkan cenderahati kepada Tuanku Canselor UPNM baru-baru ini.



Dalam pertemuan tersebut, YBhg Naib Canselor telah memaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan amat berpotensi dengan menggunakan kepakaran mesin Computer Numerical Control (CNC) yang sedia ada untuk menghasilkan cenderahati atau produk yang terbaik demi penjanaan pendapatan kepada Universiti.



Selain itu, YBhg Naib Canselor turut beramah mesra dengan staf selain banyak memberikan idea untuk Fakulti Kejuruteraan untuk lebih maju seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Pihak Fakulti Kejuruteraan amat menghargai dan berterima kasih kepada YBhg Naib Canselor atas nasihat, sokongan dan idea untuk FKJ lebih maju dan berdaya saing.


Kemaskini Terakhir : Rabu, 31 Mac 2021