BERITA TERKINI
Majlis Ucaptama Naib Canselor UPNM
Isnin, 26 Jul 2010
26 Julai 2010 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini telah mengadakan Ucaptama Naib Canselor, YBhg Lt Jen Dato’ Wira Allatif bin Mohd Noor. Ucaptama ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di Dataran Wawasan, UPNM.
Dalam ucaptama ini, perkara yang ditekankan adalah ‘Melestarikan Sangga Intelek’ yang intisarinya merangkumi lima (5) aspek. Antaranya ialah yang pertama, kepentingan menghayati dan melaksanakan empat (4) tonggak utama seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Kedua, sangga kesinambungan dasar sedia ada. Ketiga, sangga aspek-aspek pengurusan terutama perihal kepantasan membuat keputusan serta pelaksanaan kerja ke arah pewujudan “Boutique University”. Keempat, sangga mengoptimum potensi sumber manusia dan yang terakhir atau kelima ialah sangga etos kepimpinan kepahlawanan.
Majlis ucaptama ini dihadiri pengurusan tertinggi universiti, pensyarah-pensyarah, pegawai-pegawai pentadbiran, kakitangan sokongan serta semua pelajar UPNM.
Kemaskini Terakhir : Selasa, 27 Julai 2010






![[sidebarpic]](img/sidebarpic.jpg)







