• Membangun dan mengadakan latihan, pengesahan, penilaian dan akreditasi akedemik berkaitan undang-undang kepada anggota tentera, pertahanan sivil dan pegawai penguatkuasa undang-undang. 

  • Mengadakan persidangan, bengkel, seminar dan pelbagi aktiviti yang dirancang sebagai satu cara penyelesaian kepada masalah undang-undang tertentu. Juga untuk memastikan penubuhan, perkembangan undang-undang baru di rantau ASEAN disamping membina hubungan dengan angkatan  tentera serantau, pertahanan awam, penguatkuasa undang-undang, organisasi keselamatan lain termasuk organisasi kemanusiaan dan komuniti awam.

  • Mengambil bahagian dan menyumbang kepada pembangunan doktrin undang-undang kemanusiaan, ketenteraan dan antarabangsa yang relevan.

  • Mengatur dan memusatkan pengumpulan dan pemprosesan dapatan dari pengalaman semasa penglibatan operasi dan misi pengaman di seberang laut. 

  • Membina hubungan dan pertukaran bersama dengan institusi  akademik dan organisasi  tentera lain dan juga pakar-pakar utama di peringkat antarabangsa untuk menggalakkan pertukaran maklumat sepenuhnya. 

  • Menyediakan sokongan untuk penyebaran, terutama untuk operasi perdamaian, termasuk bantuan untuk latihan pra-penempatan, pembangunan dan penyelenggaraan manual dan sumber rujukan, pengenalpastian dan pengekalan maklumat yang sesuai dari pelajaran yang dipelajari dari operasi yang dijalankan.