Isnin, 06 September 2010

PUSAT TANGGUNG JAWAB

Senarai Pusat/Unit/Fakulti

Pejabat Naib Canselor 

Bahagian Pentadbiran Pejabat Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tel :+603 - 9051 3457/3433/4497 Faks:+603 - 9057 4361

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) 

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab menerajui dan menyelaras dalam penggubalan dan perancangan dasar akademik untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan penyebaran ilmu kepada masyarakat.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) 

Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) merupakan salah satu jabatan yang bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal berkaitan pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Pejabat Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Jabatan Pendaftar 

Bahagian Perjawatan & Pengambilan 

Bahagian Latihan & Kompetensi 

Bahagian Perkhidmatan & Saraan 

Bahagian Pengurusan Organisasi  

Bahagian Governan & Perundangan 

Bahagian Keselamatan 

Pusat Perubatan UPNM 

Jabatan Bendahari 

Jabatan Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkaitan kewangan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pusat Jaminan Kualiti 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) diwujudkan dengan tujuan utama untuk merancang, mentadbir, mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti PTMK yang berkaitan dengan pembangunan dan penyelenggaraaan sistem aplikasi, pengurusan data, menyedia serta menyelenggara perkakasan-perisian komputer, dan mengadakan latihan PTMK kepada kakitangan.

Akademi Latihan Ketenteraan 

Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) merupakan satu badan yang menguruskan hal-hal ketenteraan dan melatih Pegawai Kadet. Kewujudan ALK adalah bagi menentukan Pegawai Tentera yang dikeluarkan dari UPNM memenuhi ciri-ciri yang telah ditetapkan serta selari dengan Wawasan dan Misi UPNM.

Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa 

Bahagian Kepimpinan, Korporat dan Perhubungan Antarabangsa adalah menjurus sebagai penggerak kepada pendekatan strategi yang digunakan dalam mewujudkan kesedaran, kefahaman, penerimaan dan motivasi di kalangan warga UPNM ke arah peningkatan perubahan perlakuan, tindakan, sikap dan kerja berpasukan dalam melahirkan insan yang berintegriti dan lebih berfokus untuk menambahbaik imej, identiti dan reputasi universiti.

Bahagian Pengurusan Akademik 

Bahagian Pengurusan Akademik bertanggungjawab dalam urusan temuduga pelajar, pengambilan pelajar, kemasukan pelajar, pendaftaran pelajar, maklumat rekod pelajar, penjadualan kuliah, peperiksaan dan pengijazahan seiring dengan matlamat dan objektif universiti.

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan 

Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan berperanan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan projek dan peyelenggaraan bagi menghasilkan kampus yang memenuhi keperluan pelanggan serta mempunyai sistem penghantaran (delivery) penyelenggaraan fasiliti Universiti yang berkualiti.

Perpustakaan 

Jabatan Perpustakaan bertanggungjawab dalam menyedia dan mengurus pembangunan sumber maklumat. Selain itu, Jabatan ini juga bertanggungjawab dalam pendokumentasian maklumat mengikut standard dan menggubal dasar perpustakaan selain menyediakan kemudahan teknologi maklumat terkini.

Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan 

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan 

Jabatan Pengajian Strategi Pertahanan 

Fakulti Kejuruteraan 

Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan 

Pusat Pengajian Siswazah 

PPS bertanggungjawab mengurus semua urusan pengajian siswazah universiti iaitu urusan pelajar peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah.

Pusat Pengajian Umum & Bahasa 

Pusat Pengajian Umum dan Bahasa (PPUB) menawarkan kursus-kursus wajib/teras universiti kepada semua pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Pusat Asasi Pertahanan 

PAP berperanan menyediakan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia dan sebagai pusat penyaluran (feeder) kepada pelbagai program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Pertahanan, Sains dan Teknologi Pertahanan dan Pengurusan Pertahanan.

Pusat Penyelidikan & Teknologi Pertahanan 

Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan merupakan salah sebuah pusat kecemerlangan di UPNM yang menjalankan penyelidikan global yang menjurus kepada bidang pertahanan dan keselamatan.

Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa 

Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (PPPKA) telah ditubuhkan secara rasmi pada November 2008.Sejak 1 September 2009, PPPKA telah beroperasi sepenuhnya dengan hasrat menjadi institusi penyelidikan dan pusat perundingan ulung dalam bidang seperti strategi pertahanan, keselamatan, dan hubungan antarabangsa.

Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan 

Fakulti Pengajian Aeroangkasa 

FAKULTI PENGAJIAN AEROANGKASA Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah fakulti baru yang dinamakan Fakulti Pengajian Aeroangkasa.

Pusat Pembangunan Akademik  

Hiper Rangkaian
mygov  mygov  kptm  jpa  iim  myideas  msc  mampu