PIAGAM PELANGGAN UPNM
UPNM komited untuk memberi Kepuasan Pelanggan seperti berikut:
- Maklumat Program
Bakal pelanggan menerima maklumat tentang Pengajian Akademik dan LKU sebelum semester bermula. - Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Nasihat
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Program Akademik memenuhi beban kredit seperti yang diluluskan oleh Senat UPNM dan LKU dilaksanakan mengikut prosedur rancangan yang disediakan dengan khidmat nasihat akademik dan ketenteraan oleh Penasihat Akademik dan Kaunselor yang berkelayakan. - Keselamatan dan Kerahsiaan
Maklumat peribadi pelanggan, maklumat akademik dan latihan ketenteraan akan diuruskan dengan selamat berdasarkan kaedah Persuratan Tentera dalam Panduan Peraturan Staf Angkatan Tentera (T100). - Penganugerahan dan Pentauliahan
Pelanggan Operasi yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan disahkan oleh Senat UPNM boleh dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang yang didaftarkan. Pelanggan yang telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dan lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM. Tarikh kuatkuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau pengesahan keputusan mata pelajaran LKU oleh Lembaga No. 3 ATM. - Aduan Pelanggan
Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh sah aduan diterima.






![[sidebarpic]](img/sidebarpic.jpg)







