Isnin, 06 September 2010

SOALAN LAZIM

Q1. Apakah itu UPNM?

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Q2. Bilakah UPNM ditubuhkan ?

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Q3. Di manakah lokasi UPNM?

Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur

Q4. Siapakah Naib Canselor UPNM?

Lt Jen Dato` Wira Allatif bin Mohd Noor
Naib Canselor
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Q5. Apakah program yang ditawarkan di UPNM?

Untuk maklumat lanjut, klik sini

Q6. Apakah bahasa pengantar yang digunakan ?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Q7. Siapakah yang perlu saya hubungi jika ingin berurusan dengan pihak universiti ?

Jabatan Pendaftar,

Aras Bawah, Bangunan Canselori,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia,
Kem Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-9051 3400 Faks: 603-9058 1536

Hiper Rangkaian
mygov  mygov  kptm  jpa  iim  myideas  msc  mampu