Dikenali sebagai Jabatan Pengurusan dan Pengajian Am semasa berada di bawah Akademik Tentera Malaysia (ATMA), Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) merupakan antara fakulti terawal yang ditubuhkan selaras dengan penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada tahun 2007.
 
FPPP merupakan sebuah fakulti sains sosial yang berteraskan kepada bidang tujahan pertahanan dan keselamatan yang merangkumi pelbagai bidang pengajian seperti pengurusan sumber manusia pertahanan, pengajian strategi dan hubungan antarabangsa, pengurusan pertahanan dan keselamatan, pertahanan Islam, logistik dan perniagaan.
 
Program pengajian yang ditawarkan oleh FPPP adalah dibangunkan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), industri dan pihak berkepentingan yang lain selari dengan peranan FPPP dalam usaha untuk memupuk pemimpin masa hadapan (nurturing future leaders).
 
Selaras dengan perkembangan semasa, kini FPPP menawarkan 3 Program Diploma, 6 Program Sarjana Muda, 1 Program Diploma Pascasiswazah, 3 Program Sarjana (Kerja Kursus), Program Sarjana Sains (M.Sc) dan Program Doktor Falsafah (Ph.D).