Sungai Besi, 30 Mac 2021 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini telah menerima sumbangan ihsan 50 kotak barang makanan asas daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Malaysia.

Sumbangan telah disampaikan oleh Datin Emma Syuhaili binti Mohamed Sukor, Ahli Lembaga Pengarah, YKN dan Puan Nordina binti Harun, Ketua Pegawai Eksekutif, YKN.

  

Turut hadir adalah Lt Kol Prof. Ts. Dr. Muhd Zuazhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarrudin, Felo Utama, Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan serta wakil daripada YKN dan UPNM.

 

Pada sesi kali ini, seramai 7 orang siswa UPNM dipilih untuk menerima sumbangan berkenaan yang mewakili pelajar UPNM.

UPNM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YKN atas sumbangan ihsan yang diberikan. Diharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban pelajar yang terkesan, terutamanya semasa berhadapan dengan pandemik COVID-19.