Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
25 May 2018 / 10 Ramadhan 1439
Tetapan

PENGUMUMAN

TAPAK RUANG NIAGA BAZAR RAMADHAN UPNM 1439H/2018M

Penulis : UPNM HOLDINGS SDN. BHD. Isnin, 30 Apr 2018

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana tahun-tahun terdahulu, pihak universiti melalui UPNM Holdings Sdn. Bhd telah menganjurkan Bazar Ramadhan di sepanjang bulan Ramadhan. Bazar Ramadhan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada semua orang awam dan warga UPNM menjalankan perniagaan di UPNM.


Bazar Ramadhan ini dijangka akan beroperasi mulai 17 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018. Maklumat lengkap mengenai syarat-syarat permohonan tapak ruang niaga Bazar Ramadhan dan kadar sewaan adalah seperti di Lampiran.


Mereka yang berminat untuk menyertai tapak gerai jualan Bazar Ramadhan 1439H/2018M hendaklah mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat UPNM Holdings Sdn. Bhd atau melalui Lampiran yang telah dikepilkan.


Sekiranya terdapat sebarang penyertaan mengenai perkara di atas, boleh menghubungi Cik Hartini /Puan Noorhayati di talian 03-90513400 sambungan 7622182.