Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
27 May 2019 / 22 Ramadhan 1440
Tetapan

PENGUMUMAN

Tapak Ruang Niaga Bazar Ramadan UPNM 2019

Penulis : UPNM HOLDINGS SDN. BHD. Rabu, 17 Apr 2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sukacita dimaklumkan bahawa sepertimana tahun-tahun terdahulu, pihak universiti melalui UPNM Holdings Sdn. Bhd telah menganjurkan Bazar Ramadan di sepanjang bulan Ramadan tersebut. Bazar Ramadhan ini adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk semua orang awam dan warga UPNM menjalankan perniagaan di UPNM.


Bazar Ramadhan ini dijangka akan beroperasi mulai 06 Mei 2019 hingga 31 Mei 2019. Maklumat lengkap mengenai syarat-syarat permohonan tapak ruang niaga Bazar Ramadan dan kadar sewaan adalah seperti di Lampirkan.


Mereka yang berminat untuk menyertai tapak gerai jualan Bazar Ramadan 2019 hendaklah mendapatkan Borang Permohonan di Pejabat UPNM Holdings Sdn. Bhd atau melalui Lampiran yang telah dikepilkan.


Sekiranya terdapat sebarang penyertaan mengenai perkara di atas, boleh menghubungi Puan Nurfazlia/Puan Noorhayati di talian 03-90513400 sambungan 7622182.