Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
04 June 2020 / 13 Syawal 1441
Tetapan

PENGUMUMAN

Hebahan Iklan Kekosongan Jawatan Akademik dan Bukan Akademik di UPNM

Penulis : Jabatan Pendaftar Selasa, 12 Mei 2020


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Peluang Kerjaya Sebagai Staf Akademik dan Bukan Akademik di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berbesar hati mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Akademik dan Bukan Akademik bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana seperti berikut:


Akademik:


i) Pensyarah Universiti Gred DS52, 53, Khas C (VK7)



Bukan Akademik:


i) Pegawai Tadbir Gred N41 / Jurutera Gred J41


ii) Penolong Pegawai Perubatan Gred U29


iii) Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19


Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan hebahan iklan kekosongan jawatan mengikut skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa. Permohonan jawatan ini boleh dibuat melalui laman web e-recruitment di capaian http://erecruitment.upnm.edu.my mulai 9 Mei 2020 (Sabtu). Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2020 (Jumaat).


Sekian, terima kasih.