Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435
Tetapan

PALAPES (PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN)

palapes

Semua pelajar program Ijazah Sarjana Muda di UPNM yang tidak ditaja oleh Kementerian Pertahanan diwajibkan menyertai PALAPES. PALAPES merupakan satu program ko-kurikulum yang diberi enam (6) nilai kredit dan didaftarkandi dalam transkrip pelajar sekiranya berjaya ditauliahkan. Jangka masa program adalah selama tiga (3) tahun yang membolehkan pelajar mengikuti latihan ketenteraan, memupuk disiplin dan kepimpinan serta membentuk personaliti intelektual yang mempunyaiketahanan mental dan fizikal yang mantap.

Elaun Kadar

Elaun Latihan Tempatan

RM 4.00 sejam / 240 jam (Setahun)

Elaun Latihan Berterusan

RM 32.23 / sehari (Junior)
RM 38.11 / sehari (Intermediate)
RM 41.00 / sehari (Senior)

Latihan Kem Tahunan

RM 493.00 / 15 hari setahun (Junior)
RM 533.00 / 15 hari setahun (Intermediate)
RM 574.00 / 15 setahun (Senior)

Baunti

RM 520.00 / setahun kepada yang mengikuti latihan sepenuhnya

Tarikh Kemaskini: 04 Julai 2011