4-5 MAC 2014 : Pusat Pembangunan Akademik, UPNM telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) ke-20 Bil 1/2014. Persidangan ini dipengerusikan oleh Pengerusi MEIPTA iaitu Prof Dr Hanafi bin Atan dari Universiti Sains Malaysia, USM. Tema persidangan kali ini ialah "How Technology is Shaping Learning". Persidangan ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Prof Madya Dr Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan Naib Canselor (HEPA) yang mewakili Naib Canselor UPNM.