Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

MENGENAI KAMI

1. Carta Organisasi

2. Fungsi
Berperanan sebagai sebuah jabatan yang komited untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan projek dan penyelenggaraan fasiliti bagi memenuhi keperluan pelanggan dengan mengamalkan sistem penghantaran penyelenggaraan fasiliti universiti yang berkualiti.
Ini berdasarkan konsep Pengurusan Aset Komprehensif agar semua kemudahan dan fasiliti untuk pengajaran dan pembelajaran dapat digunapakai dan berfungsi dengan efektif dan efisen.
Selain dari itu, ianya juga berusaha untuk mempertingkatkan mutu kerja selaras dengan pengurusan jaminan kualiti MS ISO 9000:2001 disamping mempertingkatkan keberkesanannya dengan nilai-nilai murni dan etika profesional.

3. Visi
Menyediakan infrastruktur fizikal dan persekitaran kampus yang selesa dan kondusif.

Misi
Membangun, mengurus dan menyelenggara bangunan, infrastruktur dan fasiliti dengan efektif.

Objektif
Merancang pembangunan, mengenalpasti skop kerja, menyediakan rekabentuk dan dokumen tender yang memenuhi dan menepati keperluan pelanggan.
Menyelia dan menyiapkan projek dalam tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan.
Menguruskan aset, kemudahan dan fasiliti universiti supaya selamat dan kondusif untuk kegunaan warga kampus dan pelawat.
Membantu persediaan lojistik majlis rasmi universiti.

4. Piagam Pelanggan
Memberikan khidmat yang berkualiti.
Memproses bayaran kepada pembekal dan kontraktor diurus dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum dikemukakan kepada Pejabat Bendahari.
Memastikan kawasan kampus bersih, ceria dan selesa.
Memastikan gangguan bekalan elektrik dipulihkan dalam masa dua (2) jam dari masa penerimaan aduan.
Aduan kerosakan kritikal seperti kebocoran paip air, bumbung, sistem kumbahan, lif, elektrik akan ambil tindakan dalam masa satu (1) hari. Tindakan pembaikan biasanya dalam tempoh satu (1) bulan.
Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh sah aduan diterima.

5. Pelan UPNM

Tarikh Kemaskini: 20 Mac 2017