Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
26 June 2017 / 2 Syawal 1438
Tetapan

UTAMA

’International Organisation for Standardization’ (ISO) yang bermula pada tahun 1946 bertujuan untuk mewujudkan piawaian yang dirujuk dan diguna pakai dalam aktiviti perdagangan, komunikasi dan pembuatan. Kewujudan piawaian ini dapat menghubungkan komuniti global yang mana tanpanya adalah sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kehidupan dan ekonomi. ISO diwujudkan secara generik tanpa memfokuskan kepada sebarang proses khusus. Maka piawaian tersebut boleh diguna pakai di mana-mana organisasi, besar atau kecil, tidak mengira produk atau perkhidmatan di dalam apa juga sektor ekonomi.

Piawaian Sistem Pengurusan Kualiti Siri ISO 9000 telah mula diperkenalkan pada tahun 1987. Piawaian ini dikenali kerana cirinya yang melayakkan organisasi untuk diberi pensijilan oleh agensi pengiktirafan mengikut skop ISO 9001, 9002 dan 9003. Satu lagi ciri pentingnya adalah penekanan kepada 20 klausa yang perlu didokumenkan dan dipatuhi. Ia juga amat mudah difahami dan diaplikasikan. Jawatankuasa teknikal ISO bertanggungjawab membuat pembaikan ke atas sistem kualiti ini bagi setiap lima tahun. Maka, piawaian pertama yang dikeluarkan pada tahun 1987 telah pun mengalami pembaikan dan diterbitkan semula pada Ogos 1994. Dalam usaha berterusan memperkemaskan piawaian tersebut ianya terus disemak dan diperbaiki. Lanjutan dari itu, piawaian ISO bermula dengan ISO 9000:2000, mengambil sempena tahun ianya mula diterima pakai iaitu pada tahun 2000 dan piawaian yang terkini pula dikenali sebagai ISO 9001:2008.

Tarikh Kemaskini: 03 April 2015