22 November 2023 – Majlis Penyerahan Bas UPNM telah berlangsung dengan jayanya pada 22 November 2023. Majlis tersebut telah disempurnakan dengan simbolik penyerahan replika kunci bas dari UPNM Holdings kepada UPNM.

 

Pihak UPNM Holdings diwakili oleh Encik Ros Sazalee bin Selamat, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kepada UPNM yang diwakili oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan disaksikan oleh YBhg. Tan Sri (Dr). Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.


Bas ini diamanahkan kepada UPNM di bawah kelolaan UPNM Holdings. Diharapkan dengan penerimaan bas ini akan memudahkan pergerakan dan keselesaan pelajar apabila menyertai program-program yang dijalankan di luar Kawasan UPNM.

*Lihat Video Pendek di Sini: TEKAN SINI