21 Mac 2024 - YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama warga UPNM yang berlangsung di Dewan Pendekar. YB Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan kakitangan UPNM yang hadir.

Selesai berbuka, beliau dan warga UPNM yang hadir bergerak ke Masjid Muhammad Al-Fateh untuk menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan solat tarawih secara berjemaah. Seusai tarawih, YB Menteri juga telah menyerahkan sumbangan bantuan komputer riba, dermasiswa dan zakat kepada 30 pelajar UPNM yang berkeperluan.

Turut hadir YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Tertinggi Universiti.