Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

OBJEKTIF KUALITI UPNM

Pengurusan Atasan UPNM hendaklah menggubal dan mengkaji semula Objektif Kualiti sekurang-kurangnya sekali setahun berasaskan Perancangan Strategik Organisasi. Objektif Kualiti UPNM adalah seperti berikut :

  1. ADUAN PELANGGAN

    Memastikan 100% aduan dan cadangan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh 10 hari bekerja.

  2. AKADEMIK

    i. Memastikan 20% graduan mencapai Ijazah Kelas Dua Tinggi pada setiap tahun.

    ii. Memastikan 20% pelajar yang sedang mengikuti pengajian mencapai PNGK ≥ 3.0.

  3. LATIHAN KETENTERAAN UMUM (LKU)

    Memastikan 95% Pegawai Kadet lulus LKU.

  4. LATIHAN

    Memastikan 100% kakitangan UPNM menjalani sekurang-kurangnya 56 jam (7 hari) latihan kompetensi setahun bagi mewujudkan budaya kerja 1 UPNM.

  5. PEROLEHAN

    Memastikan Pesanan Tempatan (LO)/Indent dapat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima permohonan pembelian yang lengkap.

Tarikh Kemaskini: 01 April 2015