Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) ini terletak di bawah tanggungjawab seorang Wakil Pengurusan (WP) iaitu Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dengan dibantu oleh ahli Jawatankuasa Jaminan Kualiti Universiti. Manakala setiap jabatan, fakulti, pusat, bahagian atau unit tertentu telah diwakili oleh Pengurus Kualiti yang menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti untuk memastikan sistem pengurusan yang lebih efektif dan berkesan di bahagian masing-masing.

Peranan Pusat Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (PJKPD) yang sedia ada adalah lebih bertumpu kepada pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang berpandukan kepada skop piawaian MS ISO 9001:2008. Dengan adanya perjawatan tetap dalam PJKPD, peranan pusat ini akan diperluaskan lagi untuk melaksanakan pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) yang mematuhi piawaian dan pengiktirafan badan-badan ikhtisas dan antarabangsa yang lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Malaysian Qualification Agency (MQA). Pemantauan KPI (Key Performance Index) yang baru dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi juga akan dapat diaplikasikan dengan mudah. Hal ini selaras dengan peranan UPNM itu sendiri yang berteraskan kecemerlangan akademik dan ilmu ketenteraan.

Tarikh Kemaskini: 01 April 2015