Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

KATA-KATA ALUAN DEKAN

Selamat datang diucapkan kepada semua pelajar-pelajar baharu di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian di FSTP.

Dalam usaha memantapkan lagi struktur FSTP, satu jabatan baharu telah diwujudkan dan kini FSTP semakin kukuh dengan adanya Jabatan Sains Pertahanan selain Jabatan Sains Komputer dan Jabatan Sains & Teknologi Maritim.

Pada keseluruhannya program FSTP menyajikan satu pakej yang membolehkan graduannya untuk berdaya saing dan berkemampuan untuk menempuh alam pekerjaan dalam pelbagai bidang dan menghadapi cabaran alaf baru ini. Saya yakin pengalaman yang ditimba sepanjang tempoh pengajian di FSTP akan memberikan kesan yang amat positif sekali.

Selain daripada penawaran program di peringkat Sarjana Muda, FSTP juga menawarkan program Sarjana dan Doktor Falsafah secara penyelidikan.

Staf akademik FSTP juga menunjukkan perkembangan positif dalam bidang penyelidikan dan telah meraih beberapa anugerah di peringkat antarabangsa. FSTP yang telah beroperasi di bangunan baharu, iaitu Bangunan Lestari sejak Disember 2012 telah memberikan satu impak positif kepada para pelajar dengan kewujudan lebih banyak kemudahan pembelajaran dan makmal bagi menampung kapasiti pelajar yang semakin bertambah saban tahun.

Bidang sains, teknologi dan maritim akan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan lagi kemajuan negara dewasa ini dan FSTP menyahut cabaran tersebut dengan penuh keyakinan melalui program pengajian dan penyelidikannya di samping menjalinkan kerjasama pintar dengan pihak industri.


Selamat Maju Jaya.

Sekian.

Prof. Dr. Hjh Fatimah binti Dato Ahmad

Tarikh Kemaskini: 04 Oktober 2017