Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

PROSPEK KERJAYA

Prospek Kerjaya

Graduan Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan mempunyai peluang kerjaya khusus untuk ATM serta dalam sektor awam terutamanya dalam bidang sians dan teknologi. Graduan program Sarjana Muda Teknologi Maritim akan mendapat pendedahan mengendali aset maritim seperti kapal perang, pesawat maritim dan kapal selam TLDM.

Graduan juga layak untuk menyertai TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan dan juga agensi-agensi kerajaan atau swasta yang terlibat dalam bidang maritim. Bagi graduan program Sarjana Muda Sains Komputer mereka berpeluang bekerja dalam bidang ICT sama ada di agensi kerajaan, swasta atau ATM. Antara prospek kerjaya ialah:

a. Penganalisa Sistem

b. Penganalisis Perisian

c. Penganalisa Sistem Cerdas

d. Pentadbir Sistem

e. Pentadbir Keselamatan Rangkaian

f. Pentadbir Rangkaian Komputer

g. Pereka Bentuk Permainan (game)

h. Perunding Keselamatan

i. Pengurus Projek

j. Pengaturcaraan

k. Pegawai Teknologi Maklumat

l. Pegawai Penyelidik

Manakala program Sarjana Muda Sains Pertahanan akan ditawarkan pada sesi akademik 2014/2015. Graduan program Sarjana Muda Sains Pertahanan boleh menyertai ATM, PDRM, Jabatan Bomba, Jabatan Kastam dan di pelbagai sektor Kerajaan atau pegawai di sektor Swasta.

Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2014