Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

KEMUDAHAN

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Jabatan Sains Komputer

Bagi program Sarjana Muda Sains Komputer terdapat 9 buah Makmal Komputer iaitu Realiti Maya,Makmal Rangkaian Komputer, Makmal Multimedia,Makmal Komputer Asas, Makmal Pengaturcaraan Komputer, Makmal Keselamatan Komputer, Makmal Sistem Cerdas dan Bengkel Baik Pulih. Kesemua makmal komputer dilengkapi dengan perisian dan pengaturcaraan komputer terkini bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Makmal komputer mampu memuatkan seramai 40 pelajar bagi setiap makmal dalam satu masa.

Sebuah bangunan akademik baharu telah pun siap dibina untuk menempatkan fakulti pada awal tahun 2013. Bangunan baharu ini dilengkapi dengan pejabat fakulti, bilik mesyuarat, bilik kuliah, pusat sumber, bilik pensyarah, bilik pasca-siswazah, bilik peperiksaan, bilik seminar untuk 250 pelajar, bilik seminar untuk 200 pelajar dan makmal-makmal sains dan teknologi pertahanan. Sebuah bangunan baharu sedang dibina bagi menempatkan PPLM dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2013.

Jabatan Sains Pertahanan

Kemudahan yang disediakan di Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan termasuk Pusat Pembangunan dan Latihan Maritim (PPLM) yang dapat melatih 60 orang pelajar dalam satu masa. PPLM mempunyai sebuah Simulator Pandu Arah yang boleh melatih seramai 25 orang pelajar dalam satu sesi pembelajaran. Simulator Pandu Arah adalah sebuah simulator kapal yang dilengkapi dengan kompas navigasi, alat kemudi, alat kawalan enjin, radar, sistem posisi global, log kelajuan, panel navigasi, pemerun gema, alat isyarat bunyi, panel enjin, alat radio, papan manuver taktikal dan papan data kapal. Para pelajar akan melaksanakan latihan psikomotor dan efektif di Simulator Pandu Arah bagi mendedahkan pelajar dalam kompetensi navigasi, keselamatan, komunikasi dan peperangan maritim sebelum mereka menjalani Latihan Industri di kapal-kapal agensi kerajaan selama 6 bulan. Simulator ini mampu melakukan simulasi pelayaran bagi pelbagai jenis kapal perang dan juga kapal dagang di pelabuhan-pelabuhan utama Malaysia.

PPLM juga mempunyai Computer-Based-Training (CBT) Pandu Arah, Komunikasi dan peperangan maritim yang boleh melatih seramai 20 pelajar dalam satu masa. CBT tersebut terdiri daripada 4 buah kubikel yang dilengkapi dengan perisian komputer untuk latihan kompetensi dalam pandu arah kapal dan latihan komunikasi taktikal tentera laut. Latihan yang dilaksanakan untuk memberi kompetensi kepada pelajar sebelum melaksanakan Latihan Industri di kapal-kapal agensi kerajaan.

Di samping itu fakulti mempunyai sebuah Pusat Marin yang dilengkapi dengan jeti, rumah bot, kayak, bot berenjin dan peralatan kepelautan. Para pelajar akan menjalani berkayak, kemahiran kepelautan dan sukan air bagi melengkapkan pembelajaran ko-kurikulum program Sarjana Muda Teknologi Maritim. Pusat Marin juga menyediakan kemudahan untuk mengadakan seminar dan kursus yang dianjurkan oleh jabatan dan pusat di UPNM.

Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2014