Secara keseluruhan objektif Fakulti adalah untuk :
- Menghasilkan siswazah yang kompeten dan berdaya saing melalui program pengajian yang kontemporari.
- Menghasilkan penyelidikan ke arah meluaskan ilmu tentang fungsi minda, peningkatan keupayaan serta potensi manusia khususnya melalui penggunaan teknologi tinggi.
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan.
- Meningkatkan hubungan dan kerjasama dengan organisasi luar untuk menyokong dan menyumbang kepada perkembangan dan penyebaran ilmu.
- Menggalakkan pembangunan komuniti Fakulti melalui pembelajaran yang berterusan
Berdasarkan objektif yang dinyatakan diharap FPPP sentiasa cemerlang dengan mendokong motto Fakulti
(KECEMERLANGAN FAKULTI: SATU HATI)