FPPP sentiasa komited untuk memberi kepuasan pelanggan seperti berikut:

Maklumat Program

Bakal pelanggan menerima maklumat tentang Pengajian Akademik sebelum semester bermula.

 

Pembelajaran, Latihan dan Khidmat Nasihat

Suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Program Akademik memenuhi beban kredit seperti yang diluluskan oleh Senat UPNM dilaksanakan mengikut prosedur rancangan yang disediakan dengan khidmat nasihat akademik oleh Penasihat Akademik yang berkelayakan.

 

Keselamatan dan Kerahsiaan

Maklumat peribadi pelanggan dan maklumat akademik akan diuruskan dengan selamat berdasarkan kaedah persuratan dan peraturan universiti dan perkhidmatan awam.

 

Penganugerahan

Pelanggan Operasi yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan disahkan oleh Senat UPNM boleh dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang didaftarkan.

 

Aduan Pelanggan

Aduan pelanggan yang tidak tertakluk kepada pihak ketiga akan diselesaikan tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh sah aduan diterima.