Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435
Tetapan

PELUANG KERJAYA

Graduan lulusan fakulti mempunyai prospek kerjaya khusus untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kerjaya di sektor perkhidmatan awam dalam bidang sains dan teknologi. Bagi graduan Sarjana Muda Sains dan Teknologi maritim akan mampu mengurus serta dapat mengendalikan asset-aset maritim seperti kapal perang, pesawat maritim, kapal selam dan juga sumber manusia.

Manakala bagi graduan Sarjana Muda Sains Komputer juga mempunyai prospek kerjaya khusus dalam ATM khususnya dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat yang mana graduan mampu untuk mengintergrasikan teknologi terkini dalam memenuhi keperluan semasa dalam sumber manusia. Graduan yang dihasilkan juga sesuai menjawat jawatan seperti berikut :

Keselamatan Sistem Komputer

Sistem Cerdas

Graduan adalah layak untuk kerjaya dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan serta agensi-agensi awam dan swasta yang berkecimpungan dalam bidang sains dan teknologi. Graduan Sains Komputer pula berpeluang bekerja sebagai Juruanalisis Sistem, Jurutera Perisian, Pegawai Sistem Maklumat, Perunding Perisian, Perunding Keselamatan Maklumat, Jurutera Rangkaian dan kerjaya berkaitan dengan ICT.

Tarikh Kemaskini: 20 Februari 2012