Kunjungan Hormat daripada NC UCMI (Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP)

 

Ketibaan YBhg. Prof. DR. Wan Mohd Azizi bin Wan Sulaiman Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP

 

Sesi bergambar Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),Timbalan Naib Canselor (HEPA), Penolong Naib Canselor (Pengurusan Projek & Pembangunan Strategi), Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik) dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

 

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk perkongsian idea dan pandangan berkaitan sistem kewangan universiti bagi memantapkan sistem teknologi maklumat serta kelestarian kewangan UCMI. Ini juga merupakan persediaan pihak UCMI untuk menuju ke status universiti penuh sepertimana diinspirasikan dalam Blueprint Pendidikan MAIWP 2025.