Delegasi UPNM yang diketuai oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki Bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima jemputan daripada pihak UAE untuk mengadakan lawatan kerja ke UAE.
 
Delegasi membuat lawatan ke Uni Student Academic and Study Abroad Services (Uni Student) bagi meninjau premis dan pejabat yang akan menyediakan pelajar peringkat Sarjana dan PhD.
 
Delegasi juga melawat ke National Defence College bagi meninjau kerjasama strategik kedua-dua pihak.
 
 
 
 
 
Delegasi UPNM telah dijemput menghadiri makan malam bersama Presiden Rabdan Academy susulan lawatan Rabdan Academy ke UPNM sebelum ini. Hasil perbincangan satu kerjasama melalui MOU akan dilaksanakan.
 
Lawatan ke Pusat Trends Research & Advisory bagi meninjau Kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan serta seminar dan penerbitan artikel secara bersama.
 
Kunjungan Hormat ke atas YBhg Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, Duta Besar Malaysia di Kedutaan Malaysia, Abu Dhabi, UAE bagi membincangkan secara lebih terperinci mengenai penubuhan Kerusi Sheikha Fatima Bint Mubarak di UPNM yang telah dipersetujui oleh kedua-dua Kementerian Luar Negeri.