Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
14 December 2017 / 25 Rabiul Awal 1439
Tetapan

SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER

Objektif Program

Secara amnya objektif program Sains Komputer ialah:

  1. Berfungsi secara berkesan dalam kerangka intelektual dan profesional di universiti yang menjalani program pendidikan dan latihan yang mempunyai falsafah dan misi dari perspektif keselamatan negara.
  2. Bersedia memulakan kerjaya dalam komputeran ketenteraan, mengikuti program pasca siswazah, serta menghadapi cabaran kehidupan professional dan peribadian.
  3. Memahami isu etika dan professional, kemajuan teknologi dan teori, piawaian dan amalan, serta kekuatan dan kelemahan yang berkaitan dengan disiplin.
  4. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah melalui analisis, spesifikasi, reka bentuk, implementasi, ujian, ubah suaian, dan dokumentasian penyelesaian dalam persekitaran kerja berpasukan.
  5. Mempunyai pendedahan kepada khazanah teori yang mendasari disiplin untuk mendalami isu intelektual dan abstrak yang mencabar penyelidik di masa hadapan.
Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2014