Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

KESELAMATAN SISTEM KOMPUTER

Matlamat Kursus

Matlamat kursus program Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) ialah:-

  1. Memahami konsep dan isu, teknologi dan kaedah dalam keselamatan dan kemusnahan sistem komputer.
  2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyelesaian masalah keselamatan sistem melalui analisis, spesifikasi, reka bentuk, implementasi, ujian, ubah suaian, dan dokumentasian penyelesaian dalam persekitaran ketenteraan.
  3. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pencerobohan dan pemusnahan sistem dalam persekitaran ketenteraan dan keselamatan negara seperti intrusion detection systems dan cyberwars.
  4. Bersedia melakukan penyelidikan dan inovasi dalam bidang keselamatan sistem komputer.

Tempoh Pengajian

Program Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer) UPNM ditawarkan secara sepenuh masa. Tempoh pengajian yang dibenarkan bagi seseorang pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah ialah tidak kurang daripada enam (6) semester dan tidak lebih daripada lapan (8) semester. Pengiraan tempoh pengajian dikira bermula dari tarikh pendaftaran pertama pelajar memasuki pengajian peringkat ijazah.

Struktur Program

Untuk layak dianugerahkan Ijazah ini, pelajar dikehendaki mengikuti dan lulus sejumlah kursus yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 120 unit kredit.

Kelebihan Program

Jabatan Sains Komputer, UPNM telah berkerjasama dengan EC-Council. International Council of Electronic Commerce Consultants (EC-Council) ialah sebuah badan organisasi pensijilan professional. Badan ini terkenal dengan pelbagai pensijilan berkaitan dengan keselamatan IT. Dengan pensijilan professional ini, pelajar mempunyai kerjaya dalam bidang keselamatan IT kerana diiktiraf oleh organisasi kerajaan dan syarikat antarabangsa. Oleh yang demikian, Jabatan Sains Komputer telah memasukkan kokurikulum pensijilan Certified Ethical Hacker (CEH) dan Computer Hacking Forensic Investigator (CHFI) dalam kursus seperti TSS 3233 Ethical Hacker dan TSS 2233 Digital Forensic. Pelajar yang mengambil kursus-kursus ini akan mengambil peperiksaan untuk mendapat sijil CEH dan CHFI yang boleh diguna dalam mengembangkan kerjaya mereka di dalam bidang Keselamatan IT.

Prospek Kerjaya Graduan

Dengan memiliki hasil pembelajaran Program Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer), graduan UPNM mempunyai kelebihan berikut:

  1. Graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang Sains Komputer dengan pengkhususan Keselamatan Sistem Komputer.
  2. Melahirkan ahli Keselamatan Sistem Komputer yang professional dan terlatih yang berupaya mengaplikasikan ilmu ke dalam pekerjaan dan kehidupan.
  3. Melahirkan graduan yang mempunyai ilmu mendalam dalam bidang sains dan teknologi serta juga pengetahuan pertahanan yang lengkap.
  4. Program yang ditawarkan adalah terkini dalam bidang Sains Komputer.
  5. Tidak terdapat pertindihan program yang ditawarkan di UPNM ini dengan mana mana program Sains Komputer yang ditawarkan di IPTA lain.
  6. Graduan mengetahui prinsip pertahanan yang mempengaruhi penggunaan Sains Komputer dalam pembangunan pertahanan negara.
  7. Graduan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan bertanggungjawab kepada individu, masyarakat dan negara.

Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berkembang pesat digunakan di seluruh dunia termasuk Malaysia, keperluan kepada keselamatan maklumat yang terlibat dalam penggunaan aplikasi teknologi adalah sangat tinggi bagi memastikan maklumat dilindungi. Oleh itu, bidang ini membuka pelbagai peluang kerjaya kepada graduan Keselamatan Sistem Komputer. Graduan yang dihasilkan sesuai menjawat jawatan berikut:

  1. Penganalisa Sistem
  2. Jurutera Perisian
  3. Jurutera Sistem Keselamatan
  4. Pentadbir Sistem
  5. Pentadbir Keselamatan Rangkaian
  6. Penganalisa Sistem Keselamatan
  7. Perunding Keselamatan
  8. Pengurus Projek
  9. Pengaturcara
  10. Pegawai Teknologi Maklumat (PTM Gred F41)
  11. Penyelidik
  12. Pegawai Angkatan Tetap ATM (Gred Z19/20)

Tarikh Kemaskini: 07 Oktober 2014