Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
12 December 2017 / 23 Rabiul Awal 1439
Tetapan

SARJANA MUDA TEKNOLOGI MARITIM

Objektif Program

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:

  1. Mengeluarkan graduan yang berkelayakan di peringkat Sarjana Muda untuk agensi-agensi maritim Malaysia, industri maritim dan pelabuhan-pelabuhan dalam dan luar negara.
  2. Mengeluarkan graduan untuk berkhidmat di kapal TLDM, APMM dan PDRM dengan penganugerahan sijil-sijil berikut:
    • Pandu Arah Falak Bahagian I dan II
    • Pandu Arah Falak Samudera
    • Awasan Kecekapan Anjungan Kapal
    • Awasan Bilik Jentera Kapal
  3. Melayakan graduan menyambung pengajian sarjana di bidang maritim di IPTA/IPTS.
  4. Meningkat keupayaan graduan dalam penyelidikan dan pembangunan di bidang maritim.
  5. Melayakan graduan di bidang ketenteraan untuk ditauliahkan dalam TLDM dengan menyandang pangkat Leftenan TLDM oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.
  6. Melayakan graduan menjadi seorang imam untuk unit-unit Angkatan Tentera Malaysia.
  7. Melayakan graduan dalam seni mempertahankan diri dengan memiliki gred tali pinggang hitam.

Tempoh Pengajian

Pengajian bagi program ini adalah secara sepenuh masa dalam tempoh minimum 6 semester (3 tahun) hingga maksimum 8 semester (4 tahun).

Struktur Program dan Kurikulum

Jumlah minimum jam kredit bagi program Sarjana Muda Teknologi Maritim adalah 120 kredit. Ia dilaksanakan dalam masa 6 semester panjang dan 2 semester pendek. Struktur program ini dibahagikan kepada kursus teras universiti, kursus teras fakulti, kursus teras program dan kursus elektif. Pembahagian dan peratus jam kredit adalah seperti berikut:

Siri

Kursus

Jam Kredit

Peratus (%)

1.

Teras Universiti

26

21.7

2.

Teras Jabatan

18

15

3.

Teras Program

67

55.8

4.

Elektif

9

7.5

Jumlah

120

100

Jumlah jam kredit ditakrifkan sebagai masa pembelajaran pelajar. Satu jam kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran pelajar. Tempoh pembelajaran pelajar meliputi masa syarahan, tutorial, latihan amali, kerja individu, kerja berkumpulan, perbincangan, pengumpulan data, penulisan laporan, pembentangan, persiapan kuliah, ulangkaji, kuiz, ujian dan peperiksaan.

Bagi mendapat maklumat berkaitan Kurikulum kursus yang perlu diambil dalam program ini dan jumlah jam kredit, anda boleh memuat turun dokumen ini.

Prospek Kerjaya Graduan

Program Sarjana Muda Teknologi Maritim adalah satu-satu program akademik yang dilaksanakan bagi mengeluarkan pegawai eksekutif untuk agensi-agensi maritim negara khususnya TLDM, APMM, PDRM (Cawangan Marin), Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan. Ia akan melayakan graduan bagi melaksanakan tugas pandu arah di kapal-kapal agensi maritim negara. Program ini mempunyai potensi yang besar terutamanya dalam kerjaya agensi maritim negara.

Tarikh Kemaskini: 30 Ogos 2016