10 Ogos 2022 (Rabu) – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 Tahun 2022 diraikan dengan Pelancaran Semarak Merdeka Keluarga Malaysia Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Pejabat Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK) telah menganjurkan pelancaran ini di Dewan Bestari UPNM dengan kehadiran lebih 300 staf dan pelajar UPNM.

Pelancaran Semarak Merdeka Keluarga Malaysia telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Dewan Bestari telah digegarkan dengan lagu-lagu patriotik termasuklah Jalur Gemilang, Kerana Mu dan Lagu Keluarga Malaysia. Kibaran bendera Malaysia dan nyanyian bersama-sama dari para peserta menambahkan lagi semangat cintakan tanah air.

Turut hadir YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM, Pengurusan Tertinggi UPNM, Pengarah dan Dekan FPJB, staf dan pelajar UPNM.