Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
28 April 2017 / 2 Syaaban 1438
Tetapan

PENGENALAN

Pengenalan

Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (Centre for Defence Research and Technology, CODRAT) telah ditubuhkan pada Mac 2009 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM. Sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan, CODRAT memfokuskan kepada R&D&C pertahanan untuk memenuhi Polisi Pertahanan dan juga agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Penyelidikan di pusat ini, dilaksanakan secara usahasama dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dalam penyelidikan pertahanan. Dalam masa yang sama, hasil penemuan penyelidikan akan dikomersialkan untuk penggunaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sektor keselamatan yang lain.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan berstatus ‘HICoE’ (Teras Perkhidmatan) bidang penyelidikan dan perkhidmatan teknologi pertahanan dan keselamatan.

Misi

CODRAT berhasrat untuk meneroka idea baru, praktikal dan inovatif bagi memenuhi hasrat UPNM sebagai penyebar pengetahuan serta aplikasinya di dalam teknologi dan sains pertahanan dan keselamatan

Tarikh Kemaskini: 30 Jun 2016