Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
11 December 2017 / 22 Rabiul Awal 1439
Tetapan

OBJEKTIF

Berpandukan kepada latar belakang penubuhan, maka CODRAT akan memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Mengemudi hala tuju penyelidikan pertahanan bersama dengan agensi lain yang berkaitan.

2. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan dengan keperluan semasa yang mempunyai impak ke atas pembangunan serta kekuatan pertahanan, pendidikan dan pembangunan ilmu pertahanan, pembangunan sumber tenaga professional, kemajuan isu – isu pertahanan dan perkhidmatan keselamatan yang lain.

3. Memperkukuhkan penyelidikan menerusi penawaran dan pengendalian program-program Master dan Ph.D. serta pasca doktoral.

4. Bertindak sebagai "Design house" menerusi hasil penyelidikan yang dikendalikan untuk tujuan perkomersialan oleh industri di dalam dan luar negara.

5. Menyebarkan hasil penyelidikan dan penulisan sebagai input dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan program pertahanan.

6. Melaksanakan projek perintis dalam bidang pertahanan dan keselamatan bersama dengan agensi – agensi lain bagi memenuhi hasrat "self - reliance" dalam Dasar Pertahanan Negara.

7. Merangka dan melaksanakan program penyelidikan sebagai melahirkan sumber manusia ke arah profession penyelidik yang berwibawa secara berterusan.

8. Bertindak sebagai "point-of contact" bagi UPNM dalam memberi khidmat profesional serta nasihat mengenai isu-isu teknologi, strategik dan kejuruteraan pertahanan.

9. Meletakkan UPNM sebagai peneraju di peringkat penyelidikan pertahanan negara, serantau dan antarabangsa dalam bidang pengkhususan yang bakal ditetapkan.

Tarikh Kemaskini: 19 November 2014