Paparan: Kontras Tinggi | Asal
white blue red green big font small font W3C
13 December 2017 / 24 Rabiul Awal 1439
Tetapan

BERITA: PERJANJIAN MOU

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan dua buah syarikat tempatan bagi memperkasakan kerjasama pengurusan ancaman dan persenjataan 24 Julai 2017 yang lepas.



Memorandum Persefahaman (MoU) pertama di antara UPNM dengan syarikat Respect Business and Advanced Technology Solutions Sdn. Bhd. merangkumi kerjasama pengurusan latihan yang memfokuskan dalam pengurusan ancaman. Kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam projek pengurusan Lean; pengurusan teknologi hijau dan pengurusan keselamatan dan kesihtan dalam pekerjaan juga diadakan selain membangunkan ‘standard‘ dalam sistem pengurusan ancaman dan krisis.



Manakala Memorandum Persefahaman (MoU) kedua di antara syarikat Vita Berapi Sdn. Bhd. kerjasama ke arah merekabentuk dan mengilang senjata kecil tempatan berkualiti dengan rakan industri dari kalangan pereka, penyelidik dan jurutera bertujuan menzahirkan senjata kecil yang terkini dan kompetitif.



Mewakili UPNM dalam Majlis Menandatangani MoU ini adalah Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Prof. Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM manakala Respect Business and Advance Technology Solutions Sdn.Bhd. diwakili oleh Encik Mohd Jazril Effendi bin Jalaudin, Pengarah Operasi dan Vita Berapi Industries Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Syed Yussof Abdullah, Pengarah Urusan.



MoU ini membuka jalan ke arah kajian bagi memajukan bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan serta program latihan ke arah meningkatkan kepakaran dalam pengurusan ancaman dan industri persenjataan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Industri Pertahanan dan Keselamatan sekaligus meningkat profil dan citra semua agensi dan institusi di arena antarabangsa melalui jaringan dan kerjasama.

Tarikh Kemaskini: 16 November 2017